AMIL ZAKAT SELANGOR BERDAFTAR

PORTAL ZAKAT SELANGOR ONLINE

Maahad Tahfiz Pondok Durani adalah penolong amil zakat bertauliah lantikan rasmi Lembaga Zakat Selangor.

maklumat lanjut, sila hubungi
+60 11-1971 1016​

MUDAH, CEPAT DAN SELAMAT

MENGENAI KAMI

Membentuk generasi huffaz peribadi cermin Al-Quran​

Maahad Tahfiz Pondok Durani (MTPD) telah ditubuhkan pada 4 Januari 2010 dan berdaftar secara rasmi pada 9 November 2011. MTPD merupakan pusat pengajian tahfiz yang memberi penekanan kepada kualiti pengajian Al Quran dan memberi nafas baru kearah melahirkan huffaz yang professional, dinamik dan berdaya saing.

MTPD menyediakan tiga aliran pendidikan bersepadu yang menggabungkan pengajian Al-Quran, Akademik dan Diniyyah. MTPD berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Selangor. No.Perakuan Pendaftaran JLD.5 (62). Kod Sekolah BZH9013.

Maahad Tahfiz Pondok Durani berhasrat untuk menyediakan satu sistem pendidikan tahfiz al Quran yang mana jangka waktunya sekitar DUA tahun untuk menjadi seorang hufaz yang jiwa mereka dibentuk berdasarkan tauhid disamping membina insan yang beriman, berilmu, berketerampilan dan berakhlak mulia melalui proses pembelajaran yang seimbang, bersepadu, menyeluruh dan berterusan.

INFO ZAKAT​

3 Langkah mudah bayar zakat dengan proses pembayaran mudah dan pantas

PILIH ZAKAT

Pilih jenis zakat yang ingin dibayar.

kira ZAKAT

Gunakan kalkulator untuk kira jumlah.

bayar ZAKAT

Buat pembayaran secara online dan dapatkan resit digital segera.

FAQ

JAWAPAN SOALAN YANG KERAP DITANYA

01.

BERAPA KADAR ZAKAT PENDAPATAN?

Kiraan Zakat Pendapatan mesti di atas pendapatan kasar bukan bersih
2 kaedah
1. Pengiraan Tanpa Tolakan Perbelanjaan Asas (Had Kifayah)
2. Pengiraan Dengan Tolakan Perbelanjaan Asas (Had Kifayah)

02.

Bila zakat pendapatan perlu dibayar?

Zakat pendapatan boleh dibayar:
Tahunan: selepas cukup setahun haul pendapatan.
Bulanan: dengan menolak terus daripada gaji (cara ini digalakkan untuk konsisten dan memudahkan urusan)

03.

Bagaimana nak semak status pembayaran zakat saya?

Anda boleh log masuk ke akaun https://ezo.zakatselangor.com.my/ untuk Zakat Selangor.

04.

Adakah resit zakat dari PORTALZAKAT.MY sah untuk potongan cukai pendapatan (LHDN)?

Ya, resit rasmi zakat yang dikeluarkan oleh institusi zakat negeri melalui portalzakat.my diiktiraf oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

05.

Boleh ke bayar zakat secara online melalui eZakat.org?

Boleh, eZakat.org membolehkan pembayaran zakat dilakukan secara dalam talian dengan cara yang sah dan selamat. Resit rasmi akan dikeluarkan sebagai bukti pembayaran.

06.

ADAKAH PORTALZAKAT.MY BERDAFTAR DENGAN LEMBAGA ZAKAT SELANGOR?

Ya, Maahad Tahfiz Pondok Durani dengan rasminya didaftar sebagai amil Zakat Selangor bermula Februari 2026

RAKAN STRATEGIK

HUBUNGI KAMI

MAAHAD TAHFIZ PONDOK DURANI
LOT 3341, PERSIARAN RAHMAT, TERAS JERNANG
43600 BANDAR BARU BANGI
SELANGOR
+60 11-1971 1016​​
PORTALZAKAT@GMAIL.COM​